Thursday, June 27, 2013

Jengka. 1001 memori

Salam Jumaat semua.

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang Jengka. Bagi yang masih tidak mengenali, saya adalah pelajar UiTM Jengka. Saya mendapat tawaran diploma di sana dan meneruskan kursus degree pun di sana.

Terlalu banyak memori saya di sana. Saya sekarang sedang menjalani latihan praktikal di Setiawangsa dimana ia adalah salah satu tuntutan kursus untuk pelajar degree perakaunan. Ini bermakna saya sedang menjalani tahun akhir sebagai pelajar degree. Dan ini juga bermakna, tempoh saya berada di Jengka sudah hampir untuk berakhir. Terus-terang saya katakan saya agak sedih untuk meninggalkan bandar kecil itu. Walaupun keadaan nya serba kampung dan tidak begitu maju, untuk tegok wayang, saya perlu memandu ke Mentakab dan sebagainya, tetapi ia telah meninggalkan 1001 satu memori kepada saya.

Apa yang ada di Jengka? Itulah yang selalu dipersoalkan oleh sahabat-sahabat saya di kota ini. Mungkin bagi mereka yang hanya datang untuk sehari dua tidak merasa apa yang saya rasa selama hampir 5 tahun di sana.

Saya lebih menitik-beratkan soal perhubungan sesama manusia. Jadi di sana telah banyak mengajar saya tentang hubungan itu. Dengan keadaan serba kekurangan, kami semua sebagai pelajar terpaksa bergantung sesama sendiri utk teruskan kehidupan. Jadi sesiapa yang mementingkan diri sendiri selalunya akan terpisah dari masyarakat student. 

Di kota, jarang sekali ada peristiwa ketiadaan air, ketiadaan perkhidmatan awam, dan kekurangan sumber dari semua segi, seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Tetapi di Jengka, saya dapat rasa semua itu. Mungkin bagi sesetengah pihak, bende itu adalah ketinggalan zaman atau apa pun. Tetapi ia banyak mengajar saya tentang erti hidup dan sebagainya.

Terlalu ramai kenalan yang saya kenal di sana dan semua nya telah memberi impak dalam hidup saya. Character saya dibentuk atas kehidupan anda semua. Dan saya sangat bersyukur kerana mengenali anda semua tidak kira kenalan rapat ataupun jauh. 

Bagi orang-orang di kampung, mungkin apa yang saya rasa ini adalah perkara biasa bagi mereka. Tetapi untuk orang-orang yang celik mata di bandar, pengalaman saya di sana begitu berharga untuk saya meneruskan kehidupan. Kini saya tidak takut untuk duduk di luar bandar dan pelbagai pandangan sudah pun berubah. 

Jengka telah memberikan 1001 satu memori, pengalaman dan erti dalam hidup saya. InsyaAllah saya tidak akan lupa setiap detik ketika saya berada di Jengka. Wasalam
Every pictures have it's story. Sponsored by Google

No comments:

Post a Comment