Tuesday, April 6, 2021

Luka lama berdarah kembali

Assalamualaikum.

Harini, aku bekerja seperti biasa. Sedang berada dalam pkp ni, memang perlu work from home. Bila da masuk jam 1 tengah hari, aku pun merehatkan diri sambil melihat social media dan baca update kawan kawan. Sedang aku melihat story di instagram, aku terjumpa gambar ex gf aku. Kawan baik dia yg bernama Fatihah membuat post untuk wish birthday ke kawan baik mereka (Fathul Hanani) dan Fatihah telah meletakkan gamba geng mereka (4 orang) termasuk lah gamba ex gf aku. Sebanyak 3 post story di ig Fatihah ada gambar dia.

Selepas melihat gambar tersebut, tiba-tiba hati aku terasa perit, sakit dan lemas. Seterusnya menimbulkan rasa sedih yg teramat dalam. Aku tak sangka setelah bertahun tahun aku berpisah dengan dia, masih ada perasaan sakit tu. Kesemua memori perpisahan dengan dia muncul kembali. 

Aku tahu aku bukan lah lelaki yg baik ketika dulu. Di awal perkenalan aku dan dia, aku tak setia. Dan aku banyak tipu dia. Dan ketika aku sedar betapa aku sangat bodoh, mungkin kepercayaan nya kepada aku sudah terlalu nipis. Betapa ceteknya pemikiran aku ketika itu.

Aku mula membuat perubahan. Sedikit demi sedikit sehingga aku betul2 berubah dan hanya dia sahaja yg aku ada. Aku terpaksa memutuskan banyak persahabatan terutama dengan kenalan wanita. Dulu mmg aku ramai kawan perempuan. Selalu lepak bersama dan memang mereka aku aggp sebagai kawan sahaja. Untuk mendapat kepercayaan nya, aku menjauhkan diri dari kenalan perempuan dan cuba menjadi lebih baik dengan nya. 

Untuk seketika, aku bahagia dgn dia. Tp mungkin semuanya sudah terlambat. Kepercayaan nya sgt nipis dan aku sering bergaduh atas sebab kecil. Kadang-kadang aku tidak melakukan apa apa kesalahan, tp atas sebab tidak percaya, kami bergaduh. Aku cuba untuk mendapat kan kepercayaan nya kembali tetapi aku gagal walaupun aku tahu aku tidak melakukan apa apa kesalahan

Ketika itu aku baru sahaja habis belajar dan sedang baru nk bertatih dalam alam pekerjaan. Dia pula sedang melanjutkan pelajarannya di Uitm Segamat. Dan situ dia berjumpa dengan sekarang suami nya. 

Ya, aku rasa hint yg dia sudah mula suka lelaki lain sgt byk sekali. Dia pernah beritahu yg ade seorang lelaki ingin ajak dia keluar dan sbgainya. Tetapi atas ingin menunjukkan aku percaya, aku membenarkan dia dengan syarat dia tahu batas batasnya. Betapa naifnya aku. Dan aku pula sedang struggle untuk mencari tapak yg boleh aku pijak dan stabil. Hubungan aku dan dia menjadi jauh. Kemuncaknya apabila dia sudah mula dingin dan aku mula hilang sabar. Aku menengkingnya hanya kerana dia lambat reply text aku. Aku ketika itu sudah mengesyaki bahawa dia ade yg lain. Atas dasar sayang, aku ke Segamat untuk memujuknya. Walaupun aku tahu atas bahawa peluang aku untuk memujuknya tipis. Dan itu kali kedua aku ke sana atas sebab untuk memujuknya. 

Malangnya, dia tidak mahu berjumpa dengan aku. Dia enggan keluar dari rumah sewanya. Perit nya rasa ketika itu. Terasa seperti orang gila cuba menghubungi dia. Telefon dan panggilan hanya dibuat sepi. Cuma hanya sahutan yg berulang kali setelah beberapa jam dihadapan rumah sewa dia. Cuma Apa yg aku terima hanya lah “kau balik lah”.  Dan itulah kali terakhir aku menghubungi dia. Aku pulang. Dan ketika itu , aku telah berhenti kerja. Dan wang aku rm300 yg terakhir, aku telah gunakan untuk perbelanjaan aku ke sana untuk memujuknya. Betapa aku rasa aku berada di hujung dunia. 

Ketika itu, aku tiada wang, tiada kerja, dan tiada kawan disisi. Aku hilang byk kawan ketika ini. Aku betul2 jatuh terduduk.

 Itu lah sebabnya aku rasa perit sekali bila ternampak gamba dia.

Aku sudah masuk 3 tahun berkahwin. Dan sebenarnya aku rasa bahagia sangat dengan isteri aku. Walaupun masih belum bercahaya mata, tetapi aku bahagia. Aku tahu tidak adil bagi isteriku jika dia tahu tentang perasaanku sekarang. Tetapi aku hanyalah manusia biasa. Aku tidak dapat menipu perasaan aku ni. 

Bukan lah bermakna aku masih sayang pada ex gf aku ni. Tetapi rasa perit dan sakit itu aku masih tak dapat buang walaupun aku telah bahagia bersama isteri aku sekarang. Dia adalah fasa penyesalan aku paling besar dalam hidup. Terlalu banyak kesilapan dan penyesalan aku telah lakukan sepanjang aku kenal dengan dia. Kesilapan aku dengan dia dan juga kawan kawan aku. Byk hati aku telah lukakan ketika fasa itu. Jadi dia adalah salah satu titik hitam dalam kehidupan aku yg tak dapat aku lupakan. 

Aku harap dengan luahan hati ini aku dpt melupakan dan melenyapkan memori hitam aku ini. Semoga dia, suaminya dan anak nya bahagia meniti kehidupan akan mendatang.

Sesungguhnya semua perancangan Allah ada hikmahnya da aku harap akan ada kebaikkan yg akan aku terima disebalik kesakitan melihat gambarnya. Semoga kita semua bertambah kuat menghadapi dugaan dan cabaran hari mendatang. Amin yra.