Tuesday, January 28, 2014

Goodluck

Salam

Masa semakin pantas bergerak
Hingga kita tidak pantas menoleh
Semakin kita jauh kedepan
Semakin banyak yang kita pelajari
Umur bukan semakin muda
Pemikiran masih jauh kebelakang

Sedar tidak sedar saya sudah menamatkan Pengajian Ijazah saya baru baru ini. 
Sudah masuk tahun ke 24 saya berada di atas muka bumi ini.
Dan terus terang saya katakan saya masih lagi tidak tahu apa akan saya lakukan selepas ini.
Jauh di dalam hati ingin saja berhenti dari segala keperluan dan mengejar impian kecil saya.
Ingin saja hati ini melanggar apa yang diharapkan dari keluarga dan teruskan mimpi saya.
Ingin menjadi seorang pemain bola sepak memang impian sejak kecil. 
Malah meneruskan delegasi arwah Yunus Tasman sebagai jurulatih bola sepak juga menjadi mimpi saya.
Tapi saya perlu bermula semula dari bawah dalam mencapai cita-cita itu.

Walau jauh mane pun saya bermimpi, saya sepatutnya berpijak pada bumi yang nyata.
Umur semakin meningkat tapi saya masih di takuk yang lama. Tiada perubahan.
Terlalu banyak yang perlu saya hadapi dan saya masih perlu memenuhi tanggungjawab saya.
Target dan objektif yang telah saya kunci, harus saya lengkapkan dengan sempurna.
Dalam masa 5 tahun lagi, apa akan jadi pada saya? Capaikah objektif saya?
Dalam masa 10 tahun lagi, bagaimana keadaan saya? Berubah kah hidup saya?

Semua nya menjadi persoalan yang pasti mendebarkan hati saya. 
Adakah apa yang saya ada sekarang akan berubah?
Adakah segala yang dirancang berjaya dilaksanakan? 
Segala nya sudah tertulis dan menjadi misteri bagi saya.
Dan sekarang adalah TURNING POINT dalam hidup saya.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar, kawan-kawan dan special thanks to Akma Arshad sebab selalu berada di sisi saya dan menjadi pendorong kepada saya.
Susah senang saya dia selalu menjadi penawar. Saya harap dia sentiasa dan terus berada di sisi saya sehingga apa yang kita rancang berjaya dilaksanakan. You always in my heart.

Akhir sekali, SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN INI. MUNGKIN SELEPAS INI KITA JARANG BERTEMU, TAPI KETAHUILAH SAYA TETAP AKAN INGAT KAMU. Terutama kepada teman serumah saya yang tidak pernah sesal dengan kedaatangan saya dalam hidup mereka. FIQRY, DIN, HARITH, ALIFF, IRFAN, FARID, &BENDAHARA,dan juga budak budak lelaki jurusan Perakaunan yang sentiasa menerima saya sebagai kawan. Goodluck guys. "Be champion with our own way"

No comments:

Post a Comment