Thursday, August 18, 2011

Is it my fault? ok fine kbai

Bangun sahaje dari tidur, satu suare lantang yg entah dari mane tibe tibe memekik melolong dalam telinge aku ni. haih mengeluh aku dalam hati, bulan bulan puase ini pun nak bising bising, malas untuk melayan karenah seseorang, aku menjawab panggilan telefon aku yg sudah sedia berdering. si pemanggil pun tahu ade burung yg sedang berkicau ganas dan panas. aku pun meng ia kan kata kata si pemanggil itu lalu memutuskan panggilan telefon aku. hatiku jadi panas bila terdengar kate kate yang berunsur ugutan keluar dari kebisingan dan kekoyaan yang entah dari mana datangnye. memotong segale perasaan cinte, kasih dan sayang yg berade di dalam hati ini. lalu aku mengambil langkah pantas untuk terus mandi sebelum banyak lagi perkataan yg aku mula keluarkan. orang cakap air tu byk khasiat nya. boleh meredakan perasaan marah. :)

Mengimbau kembali keadaan tadi buatkan aku tersenyum panjang. hujan yang renyai dan lemah membuat aku bertambah malas dan lemau untuk berbuat apa apa. mungkin ini lah die ragam kehidupan. satu bende yang kecil diperbesarkan, salah sendiri dimarah nye orang lain, kutuk sane sini diri sendiri tidak betul lagi, malas buat apa apa, dikatekan matang dan boleh diharap, tp sebenarnye tin kosong. aku tersenyum sendirian sambil tunduk dan menggelengkan kepale. adakah salah aku kali ini? memang betul aku ini dikategorikan dalam budak yang tidak menyumbang apa apa. aku ini tidak boleh diharap,  selalu menyusahkan dan 'high maintanance'. aku pun mengakui segale kelemahan aku dan keegoan aku.

Tapi jika difikirkan semula, direnung, ditenung, benda nya hanyalah disebabkan hal hal kecil. dan kali ini adalah salah sendiri. bukan aku tidak pernah mengalami situasi begitu. tp aku tahu itu adalah salah aku dan aku diamkan sahaja. panjat sahaja pagar dan masuk senyap senyap. bukan susah. malu? kegemaran kau memalukan orang lain tidak pula kau fikirkan. hanya kau fikirkan segale pengorbanan kau sahaja yang begitu bagus. sudah lah berade di dalam keadaan berlagak. kita semua sama sahaja manusia biase. bukan nya kau raja ataupun aku hamba. tidak susah untuk membawa benda kecil itu untuk kemana mana. semua orang berbuat begitu termasuk mak aku. untuk kemudahan di hari kelak. masuk di dalam kocek seluar atau beg kau, tidak susah bukan. beratnye tidak smpai setengah kilo. kau pasti boleh bawanya kemana sahaje, dengan program kau yang selalu ke gymnasium, aku rase tidak ada masalah pun. :)

bila sudah jadi macam ni, nak dimarahnye orang lain. so is it my fault? ok fine if it is my fault. but take this as advice, kau tu bukan raja untuk aku serve kau selalu. sendiri ingat lah. umur da besar panjang da pun. kbai~ :)

No comments:

Post a Comment