Monday, February 29, 2016

Lama Menghilang.

Assalamualaikum.

Masa sungguh pantas berlalu. Sudah masuk tahun 2016.
Dan pelbagai perkara telah berlaku dalam hidup aku ini.
Trend untuk berblogging pun sudah lama ditinggalkan.

Alhamdulillah aku masih lagi bernafas.
Aku masih dapat teruskan kehidupan.

Tiba tiba harini semasa aku berada di pejabat tadi,
Seseorang yang pernah menjadi seseorang dalam hidup aku mengingatkan aku tentang media ini.
Dan aku terasa seperti ingin menulis kembali. Sudah lama blog ini ditinggalkan.

Seperti yang aku katakan tadi, telah banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku.
Merenung kembali entry lama aku, aku hanya tergelak sendirian.
Tapi seperti yang dikatakan, itu semua masa muda.

Kini aku sudah berkerja. Tetapi masih single. Cinta yang dulu diagungkan segalanya telah tiada.
Betul kata orang, "bercinta jangan beriya, nanti tak kekal lama"
Panjang cerita nya jika ingin bercerita tentang kisah cinta aku.
Jadi tiada niat di hati untuk berkongsi tentang itu.

Entry kali ini pasti tentang diri aku yg dah lama tinggalkan blog ini.
Aku sekarang bekerja di syarikat QSR BRANDS HOLDING sebagai Internal Auditor.
Syarikat ini lah yang menguruskan KFC dan Pizza Hut di Malaysia ini.
Alhamdulillah aku gembira berada di syarikat ini walau pun byk cabaran nya.

Bagi aku, environment kerja sangat lah penting dalam kita menempuh cabaran bekerja.
Dan aku mempunyai rakan sekerja yg best dan memahami. Walau pun mereka kuat bahan.
Sekaligus membuatkan aku gembira untuk terus bekerja di situ yg akan masuk bulan ke 6 April ini.

Jadi masalah kerja bukan lah masalah besar bagi aku sekarang. Pasal gaji tolak tepi dulu.
Sebab aku masih menimba ilmu lagi. Cukup sekadar dapat memenuhi tuntutan hidup jadi lah.

Cuma, umur aku sudah menjangkau 26 tahun. Tetapi aku masih belum ada plan untuk berkahwin.
Simpanan aku masih kontang. Calon pula ? Hmm entah lah. Tuntutan berumah tangga semakin kuat.
Aku masih tercari cari lagi.

Aku harap Allah akan berikan isteri yang baik baik untuk aku. Yang dapat menjaga aku
Memahami aku. Boleh memberikan aku zuriat dan yang paling penting,

BOLEH MEMBERI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Cukup lah sampai disini. Azan maghrib sudah berkumandang. Saya undurkan diri dulu.
Jumpa lagi pada next entry. Insha Allah.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Cari yg tbaik utk jd calon isteri tu sukar..ari ni ckup la 1 ayat ni utk renungan.."berusaha mcari yg tbaik itu bagus..tp bagus lg jika kite jd yg tbaik.."

    P/s: if u know what I mean la..

    ReplyDelete