Tuesday, January 15, 2013

Sesuci Politik

Playmaker

30 tahun sebelum merdeka

Pada tahun 1957, Malaysia telah merdeka. Dan satu Malaya (ketika itu) begitu gembira disebabkan kita sudah tidak dijajah. Ketika itu arwah bapa saya dan umi saya sudah ada di dunia ini. Mereka semua gembira akan kemerdekaan negara kita. Secara am nya, Malaysia tidak akan diserang oleh mana-mana kuasa asing yang ingin menjadikan negara kita pencacai mereka. Saya bersyukur disebabkan itu. Tidak lagi menjadi orang bawahan bangsa lain.

Tetapi, semua alpa, semua tidak tahu, semua sedang tidur. Ketika itu cendiakawan negara kita begitu sedikit dan tidak dapat perasan akan tujuan sebenar kaum penjajah ini. Mereka tidak nampak akan apa tujuan mereka dan perancangan mereka yang sebenarnya. Sebenarnya perancangan yang teliti itu sangat mudah dikesan jika kita membuat kajian yang terhadap isu ini. Kajian saya juga tidak lah begitu mendalam dalam hal ini. Cukup untuk sedar yang selama ini kita sudah ditipu.

Ketika ingin merdeka, beberapa perkara perlu dipenuhi oleh pemimpin negara kita ketika itu. Salah satu daripadanya ialah memiliki undang-undang sendiri. Dan ketika itu, kita terlalu naif dan bodoh. Kita tidak memiliki ilmu. Orang Melayu sudah jauh ditinggalkan. Tidak seperti ketika di zaman Melayu Melaka. Dan itulah tujuan penjajahan barat ketika itu. Menjadikan negara lain ketandusan ilmu. menjadikan bangsa lain bodoh dan senang dipermainkan. Pada zaman sebelum Portugal menyerang Melaka lagi sudah ada perancangan untuk menakluki dunia.

Penjajahan telah buat kita jauh ketinggalan. Selepas itu, mereka memaksa kita buat sistem politik dan undang-undang sendiri. Hanya untuk merdeka. SELAMA 446 TAHUN KITA DIJAJAH. Dan ketika 446 tahun itu, Dunia berkembang dengan pesatnya di Eropah dan kita tidak dapat sebegitu banyak pendedahan dari mereka. Kesannya selepas 446 tahun, kita jadi sangat bodoh dan tuli.

Untuk merdeka kita terpaksa mewujudkan sistem undang-undang dan politik sendiri. Apakah yang kita boleh buat ketika itu? Kita tiada ilmu dan tiada kepakaran? Dlm masa beberapa tahun kita terpaksa mereka satu sistem yang boleh mengawal negara kita? Mustahil? Tidak mustahil.

Apa yang membangkitkan persoalan saya disini, Orang melayu sangat utuh agamanya. Kenapa pemimpin dahulu tidak memilih Al-Qur'an sebagai petunjuk utama? Kenapa mereka memilih Orang Putih sebagai rujukan mereka? Salah satu kesilapan besar pada ketika itu.

Yang lepas biarlah lepas. Sekarang, kita sudah lebih 50 tahun merdeka. Kita sudah ada ilmu, kita sudah ada ramai golongan terpelajar, kita juga sudah ada pelbagai teknologi, tetapi, kenapa kita masih bergaduh? Ya, memang tidak dinafikan kita sudah maju. Maju dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang moden. Tetapi, di dalam lubuk hati kita, di dalam sanubari kita, yang telah jauh kita pendamkan, adakah kita semua rasa selamat? Adakah kita tidak mempunyai syak wasangka terhadap bangsa lain? Terutamanya Cina & India?

Jawapannya ada disekolah-sekolah di Malaysia ini. Jangan kita lihat di sekolah menengah, cuba lihat di sekolah rendah. Bangsa India di ejek, Bangsa Cina di buli di sekolah melayu. Begitu juga sebaliknya. Mungkin situasi ini tidak sama di semua tempat, tetapi saya pasti, seingat saya, begitulah keadaan nya ketika saya masih bersekolah rendah. Itu sudah dapat mengambarkan betapa ikatan antara kaum kita sangat lemah. Kita tidak sekuat yang disangka.

Sekarang dengan isu yang lebih besar iaitu Bersih dan sebagainya, pembangkang bermati-matian bertarung bagi mendapatkan negara kita, begitu juga dengan kerajaan yang penuh dengan agenda utk menyelamatkan punggung masing-masing. Tetapi yang sedihnya, mengapa politik kita menjadi seperti ini? Mengapa undang-undang dipermainkan? Mengapa masalah ini menjadi lebih runcing seperti tiada pengakhirannya?

Ini semua kesan dari pembentukan yang awalnya dibentuk melalui rujukan Orang Putih. Inilah sebab dan musababnya. Inilah puncanya. Kita telah merujuk kepada orang yang salah. Ibarat anda ingin bermain gitar, tetapi belajar dengan seorang pelukis. Menjadikan ia tidak kekal lama. Keamanan yang di idamkan hanya impian yang menjadi realiti hanya untuk beberapa tahun. Sistem yang sememangnya banyak 'lubang' dan masalah. Sistem yang nampak kukuh zahirnya tetapi goyah batinnya. Sistem yang pasti akan tumbang seperti kejatuhan empayar Rom dahulu. RUJUKAN YANG SALAH!

Marilah kita sejenak bersama fikir akan apa yang berlaku disekeliling kita. Bukan untuk menjadi fanatik, tetapi kita perlu ambil tahu. Ini bukan propaganda biasa atau pun ingin memenangkan sebelah pihak, tetapi ingin anda semua buka mata. Tidak kira parti apa yang menang, berapa banyak pemimpin yang bertukar, mahupun seberapa banyak idea untuk menyelamatkan negara kita, kita sudah dari awalnya SALAH.

Ingat pemimpin, setiap langkah anda, menjadi persoalan di akhirat. Bagi penyokong, janganlah menegakkan benang yang basah. Jika anda betul, ucap Alhamdulillah dan bantulah orang lain. Jangan alpa dan tidak mengendahkan musuh anda. Jika anda salah, mengaku lah dan minta maaf kepada yang berkaitan. Kerana ini menjadikan kita lebih bersatu padu dan kukuh.

MALAYSIA SUDAH JAUH TERSESAT. Mari kita sama-sama kembali ke pangkal jalan.

Macam Pernah dengar
Oh amik dari sini "One Nation One World" ehh?

Apa tujuan Ambiga buat bersih? 

Nak suruh Malaysia jadi macam Mesir agaknya?

Believe the Unbelievable.

No comments:

Post a Comment