Sunday, January 1, 2012

AUKU, betul atau salah?






Saya baru sahaja melihat video pelajar, Adam Adli & Safwan Anang kene belasah. Saya amat terkejut dan begitu ngeri dengan kejadian itu. Saya rasa itu semua tidak patut ada dalam diari seorang pelajar yang masih menuntut di universiti.

Lalu, saya memanjangkan pencarian saya ke internet dengan melihat kisah kisah dari dua belah pihak di mana dari pihak polis dan pihak demonstrasi. Masih berlaku kekalutan dan kekeliruan dalam statement yang dikeluarkan oleh pihak masing masing. Sukar untuk mempercayai dan menentukan siapa yang betul atau salah.

Sebelum itu, mari kita kenal pasti rentetan cerita mereka ini.
Adam Adli, pelajar UPSI, umur 23, pemimpin Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) telah menurunkan bendera PM kita, Datuk Seri Najib Razak ketika perhipunan UMNO baru baru ni. Tindakan berani mati dia telah mendapat cacian dan tomahan dari pihak UMNO yang mengatakan dia tidak hormat ke atas PM kita. Pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh telah dilemparkan kepada dia. Tetapi atas dasar orang muda yang kuat semangat, dia teruskan perjuangan dgn membuat demonstrasi aman di hadapan UPSI dalam merealisasikan pemansuhan AUKU. Yang menjadi mangsa ialah Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang apabila dia cedera teruk di muka. Begitu juga 16 yang lain apabila dilokap sehari. Rekod mereka telah tercalar dan mempunyai titik hitam dalam hidup mereka. Jadi, apakah ini semua cukup berbaloi?

Hal hal sebigini sememangnya rumit untuk diselesaikan. Dari pandangan saya yang masih lagi belajar, jika anda berminat dengan politik, universiti bukan lah tempat yang sesuai. Ingatlah tujuan utama kita berada di universiti, adalah untuk belajar, bukan untuk berpolitik. Bukan saya membela polis atau menentang Adam Adli. Cuma apa yang dilakukan adalah bukan cara yang betul. Jika ingin berpolitik dan betul betul mahu menolong rakyat, tunggu lah sehingga anda mendapat ijazah, atau pun sudah menamatkan pengajian. Selepas itu anda bebas untuk memasuki mana mana parti yang anda rasa betul. Carilah pengundi anda, jadi lah ahli parlimen, dan mansuhkan lah AUKU itu. Kan tidak mendatangkan apa apa mudarat? Sememangnya politik di luar lebih mencabar dari politik semasa universiti. Jadi tidak perlulah beria untuk membela keadilan dunia. SEMEMANGNYA DUNIA INI TIDAK PERNAH ADIL. Yang adil hanyalah ALLAH yang satu.

Bagi pihak polis pula, tidak perlu begitu kasar dalam menghalang demonstrasi AMAN. walaupun ianya haram, afterall, mana ada ke demonstrasi yang halal jika ianya menetang kerajaan. Anda perlu tahu wahai cik polis sekalian, untuk menjaga keselamatan negara bukan begitu caranya. Mungkin ada satu tahap yang kita perlu menggunakan kekerasan. Tapi jika ia dilakukan secara AMAN, tidak patut ada yang smapi pecah muka semua. Anda punya kuasa, gunalah sebaik nya. Statement tidak mengaku bersalah itu amat mewujudkan kekeliruan dan banyak tanda tanya. kenapa mesti mebuat akuan yang sebegitu. saya betul betul kesal dan sedih membaca keterangan yang amat bercanggah dgn perjalanan video yang heboh di internet.

Yang paling menyedihkan, melihat bangsa sendiri berbalah. Saya amat sedih melihat yang pukulnya melayu, yang kene pukul melayu, yang mencaci melayu, yang mencarut melayu, kaum lain? cina india? apa yang mereka buat? mereka menangkap video dan gambar sambil bertepuk tangan antara mereka. sampai bila melayu nak maju? bukan lah tujuan saya untuk menghidupkan sentimen perkauman di sini. jauh sekali untuk mencetuskan pergaduhan. tp mari kita sama sama melihat kedudukan orang melayu sekarang. masih jauh ketinggalan dgn bangsa lain. di tambah pula bergaduh sana sini. melayu adalah salah satu kaum yang begitu berjaya satu ketika dahulu. apa salahnya kita concentrate untuk menjadi seperti zaman kesultanan melayu melaka. sehingga bahasa melayu menjadi lingua franca. bayangkan betapa hebatnya kaum kita sebenarnya. jadi bangkitlah melayu. SEDARLAH BAHAWA KITA DI AMBANG KEJATUHAN. Bangsa lain begitu gembira dengan kemuncupan orang melayu masa kini. Jika begini la situasinya, bersedialah kita untuk kehilangan sebuah negeri lagi di Malaysia.

Berbalik semula kepada topik kita. sesungguhnya bagi saya AUKU TIDAK BOLEH dimansuhkan. ini kerana jika pelajar sudah mula bebas, parti politik mula akan mempengaruhi mahasiswa yang sebenarnya masih tidak tahu apa apa tentang dunia politik. bayangkan darah muda yang tuli begitu terpengaruh dgn tebaran duit, bunuh pun sanggup dilakukan. diharap ini dapat menyedarkan kita semua akan kepentingan AUKU di kehidupan kita. Jangan politik tah kemana, Belajar lagi tah kemana.

sedikit gambar tentang peristiwa yang terjadi.

Adam Adli yang bersemangat

Adam adli bersama Anwar Ibrahim?

Adam Adli bersama Anwar Ibrahim lagi?

Terlantar


Cedera parah

4 comments:

  1. Gerakan pembaharuan di mana sahaja dan dalam zaman apa pun sntiasa diterajui oleh pemuda. Pemuda yang berjiwa besar sentiasa mempunyai idealisma dan semangat juang yang tinggi. Saya kira jika pemuda sesebuah negara itu dikekang untuk melibatkan diri dalam politik secara sihat, kita sentiasa akan mengalami masalah kelompongan pemimpin seperti sekarang.

    Pemuda yang tiada hala tuju untuk menjadikan dirinya pemimpin akan sentiasa mengisi visi hatinya dengan hal-hal remeh mencari hiburan. Dan sekarang ini kita sibuk dengan krisis sosial di kalangan pemuda yang tidak punya kehendak lain dalam hidup kecuali enjoy dan melampiaskan nafsu dgn keduniaan. Dan kita salahkan mereka.

    Saya kira AUKU merendahkan martabat keintelektualan pemuda, dgn secara tidak langsung mengatakan pemuda2 kita sentiasa kebudakan dan tidak matang.

    Wallahualam. :)

    ReplyDelete
  2. kalau nak belaja buat cara belaja..
    jangn libatkan diri dengan dunia politik luar jika maseh belajar..

    terima kasih med daus..
    interesting post..
    postla kat fb

    ReplyDelete
  3. thanks for the comments guys.

    kepada anonymous yang comment panjang sikit tu. saye bukan kata PEMUDA tidak boleh join. tp sbgai MAHASISWA yang sedang belajar, saye rase tidak perlu kot untuk join poltik luar sbb mereka boleh dijadikan alat sesuke hati je oleh sesetengah pihak dgn semudah abc.

    join la selepas belajar. atau join je politik kampus yang sudah sedia mencabar. ambil pengalaman di dalam kampus dulu, da sudah dapat ijazah, join la party mane2. :)

    ReplyDelete